Di sebuah daerah kecil yang penuh dengan warisan budaya – Tamparuli, Sabah – sekumpulan wanita berhimpun dengan satu matlamat:
"Membangunkan komuniti melalui kepimpinan wanita. Dari semangat itu lahirlah Persatuan Wanita Dinamik Tamparuli (PWDT)"
Kami percaya bahawa setiap wanita membawa sinar perubahan. Dengan sokongan, latihan, dan peluang, wanita bukan sahaja mampu mengubah kehidupan mereka sendiri, malah dapat mengangkat seluruh masyarakat.
Visi: Menjadi platform utama wanita di Tamparuli untuk melahirkan pemimpin yang berani, bijak, dan berjiwa besar.
Misi:
Memberi inspirasi dan peluang kepada wanita untuk maju dalam pendidikan, ekonomi, dan sosial.
Membina rangkaian sokongan yang kukuh untuk komuniti.
Melaksanakan program kebajikan dan pembangunan yang memberi impak sebenar